Wednesday, 19 August 2015

Cara tampil KURUS melalui pakaian : 5 TIP MENARIK!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!
Sihat ke???
Moga sihat-sihat hendaknya..

Meh sini dekat sikit..hari ini saya nak cerita tentang penampilan untuk kelihatan lebih KURUS!
Menarik tak??
Dulu sebelum kahwin, saya berat 42kg. Masa waktu itu, hormon belum berubah..makan apa pun memang tak naik-naik berat badan. Maintain jer..
Lepas kahwin berat naik 10kg..jadi 52kg. Sejurus lahir anak pertama, berat saya ialah 60kg.
Dan kini selepas lahir anak kedua, berat saya jadi 72kg..
Faham tak bagaimana perasaan naik 30kg selama 5 tahun perkahwinan. Haru dan sedih. HEHE
Tapi taklah sedih sangat..sebab saya tahu saya malas untuk berusaha keras dalam menurunkan berat badan..
Berat badan seorang wanita ni sukar dikawal sepenuhnya kerana kita terikat dengan 8 hormon yang mempengaruhi berat badan kita!
Jadi nak KURUS tu memang kene usaha keras! Azam yang tekad!

OK meh saya war-warkan cara tampil KURUS melalui pakaian ;

1- MELABUR DALAM SHAPEWEAR
Melabur dalam Shapewear ni bukanlah bermakna kita kene join MLM untuk jual korset @ pakaian dalam tetapi beli Shapewear yang sedikit berkualiti agar lebih efektif dalam kelihatan kurus dan usaha untuk kurus dalam masa yang sama.
Pemakaian Shapewear ini boleh membantu menghilangkan benjolan-benjolan lemak yang kelihatan pada badan kita.
Terdapat beberapa Shapewear yang sangat berkualiti bagi saya, contohnya Corset Elken dan Premium Beautiful Corset Hai-O.
Tak dapat beli yang mahal, beli yang biasa-biasa pun OK..Ikut kemampuan kita.


sumber : Google


2 - KENALI BADAN KITA
Adalah sangat penting bagi kita untuk mengenal bentuk tubuh kita. Ini adalah kerana setiap wanita itu memiliki bentuk tubuh yang tak sama!
5 jenis bentuk tubuh wanita ialah Pear, Epal, Segitiga terbalik, Jam Pasir dan Atlit.
Kita akan lebih mudah untuk memilih pakaian bila kita kenal bentuk tubuh kita.
Berikut sedikit tip pakaian mengikut bentuk tubuh ;

Bentuk Pir
Skirt - Pilihlah skirt yang mengecil di bahagian bawah dan yang berwarna gelap. Ini boleh menutup tubuh bahagian bawah tubuh yang lebih besar daripada bahagian atas. Hindar daripada memilih skirt beropol yang melebar di bahagian bawah. 
Seluar -  Pilihlah seluar panjang atau jeans yang berwarna gelap. Pilih  potongan yang melebar di bahagian bawah atau lebih dikenali sebagai ‘boot cut’.
Gaun - Untuk bentuk tubuh pear jangan menggunakan ‘shift dress’. Gaun tersebut akan membuat tubuh bahagian bawah anda akan kelihatan lebih jelas besar daripada bahagian atas. Pilihlah gaun yang penuh dengan perincian di bahagian atas agar fokus penglihatan hanya di bahagian atas tubuh.

Bentuk Epal
 Skirt - Skirt lipat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh epal. Hindar daripada memilih skirt pensil kerana itu akan membuat tubuh bahagian tengah dan bawah kelihatan besar. 
Seluar - Jangan memilih seluar panjang atau jeans yang penuh perincian kerana akan membuat anda makin kelihatan "penuh". Pilihlah seluar dengan potongan sederhana yang berbentuk ‘slim’ atau ‘boot cut’.
Gaun - Pilih gaun yang memiliki perincian unik di bahagian garis leher. Ini akan membuat perhatian lebih tertumpu ke bahagian leher dan bukan di bahagian perut ke bawah. Selain itu, hindar bahan yang berkilat di bahagian atas tubuh. 

Bentuk Atlit
Skirt - Skirt layer bermotif floral sesuai untuk wanita bertubuh atlit. Cuba juga pemakaian skirt yang penuh perincian dengan permainan warna yang sesuai. Ini akan membantu menutup penampilan badan yang lurus dan tidak berbentuk.
Seluar -  Bentuk tubuh ini sesuai menggunakan seluar panjang atau jeans dengan potongan apa pun. Mulai dari ‘boot cut’, ‘straight cut’ hingga’ skinny jeans’.
Gaun -  Bentuk tubuh ini boleh menggunakan berbagai jenis gaun. Mulai dari yang memiliki banyak ropol dan hingga gaun yang simple. Pilihlah potongan gaun yang menonjolkan sisi feminin dan membuat anda tampil lebih menarik.

Bentuk Jam Pasir
Skirt – Skirt potongan pensil sangat sesuai untuk tubuh seperti ini bagi kelihatan lebih cantik dan menarik. Anda juga boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis warna dan fabrik.
Seluar - Anda boleh memilih seluar panjang atau jeans potongan ‘high waist’ jika bahagian perut menonjol dan potongan low waist jika perut agak rata jika ingin menonjolkan bahagian pinggang. Jeans berpotongan ‘boot cut’ atau ‘straight cut’ juga boleh digunakan.
Gaun - Anda bebas memilih pelbagai potongan gaun kerana bentuk tubuh anda yang cukup ideal. Tetapi jangan sampai salah memilih motif atau warna, pilihlah yang sesuai dengan warna kulit anda.

Bentuk Segitiga Terbalik
Skirt - Skirt berpotongan A-line sangat sesuai bagi badan berpotongan ini bagi menyorok bahagian bawah yang lebih kecil daripada bahagian atas.
Seluar – Anda boleh memilih seluar panjang atau jeans berpotongan ‘regular cut’ atau ‘semi boot cut’ yang agak besar di bahagian bawahnya. Dengan memilih potongan seperti ini, ia akan menghilangkan perhatian pada bahu anda yang lebih besar.
Gaun – Pilih gaun yang tidak memiliki banyak perincian di sekitar bahu atau potongan ‘clean cut’. Anda boleh memilih gaun dengan warna yang lembut. Busana seperti oversized blouse juga akan sangat sesuai dengan bentuk tubuh si segitiga terbalik ini. Sebaiknya anda lebih fokus dengan menentukan pakaian bahagian bawah yang tepat.


sumber : Google



3 - PILIH WARNA YANG TEPAT
Warna sangat berperanan penting dalam pemilihan pakaian.
Walaupun banyak yang memilih warna hitam sebagai jalan paling selamat.
Namun, tidak semua akan memperolehi sisi lansing yang diingini. Tutup bahagian yang kelihatan besar dengan warna yang gelap dan serlahkan bahagian yang kecil dengan warna yang lebih menarik.
Oleh itu, pilihlah pakaian mengikut warna kulit anda. Perhatikan terlebih dahulu tona kulit untuk memilih warna busana yang sesuai. Meskipun warna gelap atau hitam merupakan warna yang paling mudah dan selamat dipilih, namun anda harus berani bermain dengan warna untuk kelihatan lebih menarik dan bergaya.



sumber : Google



4 - MOTIF JALUR TEGAK DAN TALI PINGGANG HALUS
Kedua-dua perincian ini sangat membantu untuk kelihatan tampak kurus. Motif jalur tegak akan memperlihatkan anda lebih kurus dan tinggi manakala tali pinggang halus akan menampilkan susuk pinggang yang lebih kecil.





sumber : Google


5 – PILIH KASUT MENGGODA DENGAN POTONGAN RENDAH
Terdapat beberapa helah agar kaki anda tidak kelihatan gemuk. Cuba kasut potongan rendah yang menampakkan potongan lebih runcing tetapi dengan tumit yang sesuai agar anda lebih selesa. Kasut bertumit 2 ½ inci adalah saiz paling sesuai dan membuatkan pakaian jatuh dengan sempurna. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa, pemakaian kasut yang terbuka sedikit jari kaki akan membuatkan si pemakai lebih menarik dan lansing.



sumber : Google


OK! Moga semua tip di atas dapat membantu kita semua dalam tampak KURUS dalam pemakaian seharian.
Tak dapat KURUS, nampak KURUS pun happy kan..hehehe
Jumpa lagi next post. Nanti nak share resipi Butter Prawn yang sedap pula. Saya akan share cara buat floss nya yang sangat sedap n mudah.



Nota kaki : Jaga diri baik-baik. Bergembiralah selalu sebab hidup ini adalah untuk menyenangkan hati kita dan dengan itu, kita akan tahu cara untuk menyenangkan hati orang-orang yang kita sayang. Jangan SELFISH!


Assalammualaikum wbt..

Tuesday, 18 August 2015

Batik Bali Prada ke Batik Sarawak????

Assalammualaikum wbt semua....
Sekarang memang tengah top batik songket untuk dibuat baju raya macam-macam fesyen.
Memang lawa-lawa..harga pun berpatutan jika dibandingkan dengan songket asli.

Lagi songket asli ni tebal dan panas sikit..
Jadilah kain batik motif songket emas ini adalah pilihan terbaik.
(ececeh..saja kata gitu sebab tak mampu beli songket asli.hehe)

Persoalannya...dari mana origin kain batik ini?????
Ada yang kata daripada Sarawak..
Ada yang kata daripada Bali..

Selidik punya selidik..jumpa kilang nun jauh di Surakarta, Indonesia sana..
Kain ini dikenali sebagai kain Batik Katun Prima Halus atau Batik Katun Primisima.
Dicetak melalui beberapa motif. Antaranya motif Bali Prada dan Palembang Prada.

Sarawak sebagai tempat pembungkusan semula bagi sesetengah pengeluar.
Sebab tu ada sticker Sarawak Art atau Borneo Art.

Gitulah cerita kain batik songket ni..
Saya pun baru beli kat Sarawak hari tu...RM 17 je sepasang.
Nanti raya haji nak pakai sedondong dengan suami dan anak-anak.
hehehehe..

Ok jumpa lagi next post!!



Monday, 17 August 2015

Impian jadi Kenyataan dan a Warm welcome!



Assalammualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..




Hi dan apa khabar semua..

hopefully sihat semua..


Mimpi jadi kenyataan! Akhirnya terlaksana impian nak buka blog.
walaupun lambat, better late than nothing kan...hehehe

Moga panjang umur blog ni hendaknya..InsyaaAllah.

Ok..nanti saya khabar-khabarkan apa yang nak dikongsi..
till we meet again.hehe
sementara itu, hiduplah dengan baik.
dengan perkara yang baik-baik sahaja..kerana buat baik dibalas baik.
yang baik itu sentiasa bagi impak yang baik.
kesusahan tu pun benda baik.Allah uji agar kita lebih kuat.
lebih sedar.lebih menghargai.lebih itu ini serba serbi.
percayalah....

OK..bernafaslah dengan sihat ya.
buat kerja dengan amanah.hehe.
tengok Running Man (Moga-moga dapat tengok Monday Couple dalam episod baru ni..lama tak tengok Monday Couple keluar weh..rindu..hehe)

Bye...
Have a nice day ya semua..
Salam.

p/s : gambar #hanisqaisara terbaru attach dalam post ni..lagi 2 bulan nak 4 tahun..dia punya demand nak make up and bergaya macam orang besar..huhu