Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!
Sihat ke???
Moga sihat-sihat hendaknya..
Meh sini dekat sikit..hari ini saya nak cerita
tentang penampilan untuk kelihatan lebih KURUS!
Menarik tak??
Dulu sebelum kahwin, saya berat 42kg. Masa waktu
itu, hormon belum berubah..makan apa pun memang tak naik-naik berat badan.
Maintain jer..
Lepas kahwin berat naik 10kg..jadi 52kg. Sejurus
lahir anak pertama, berat saya ialah 60kg.
Dan kini selepas lahir anak kedua, berat saya
jadi 72kg..
Faham tak bagaimana perasaan naik 30kg selama 5
tahun perkahwinan. Haru dan sedih. HEHE
Tapi taklah sedih sangat..sebab saya tahu saya
malas untuk berusaha keras dalam menurunkan berat badan..
Berat badan seorang wanita ni sukar dikawal
sepenuhnya kerana kita terikat dengan 8 hormon yang mempengaruhi berat badan
kita!
Jadi nak KURUS tu memang kene usaha keras! Azam
yang tekad!
OK meh saya war-warkan cara tampil KURUS melalui
pakaian ;
1- MELABUR DALAM SHAPEWEAR
Melabur dalam Shapewear ni bukanlah bermakna
kita kene join MLM untuk jual korset @ pakaian dalam tetapi beli Shapewear
yang sedikit berkualiti agar lebih efektif dalam kelihatan kurus dan usaha
untuk kurus dalam masa yang sama.
Pemakaian Shapewear ini boleh membantu
menghilangkan benjolan-benjolan lemak yang kelihatan pada badan kita.
Terdapat beberapa Shapewear yang sangat
berkualiti bagi saya, contohnya Corset Elken dan Premium Beautiful Corset
Hai-O.
Tak dapat beli yang mahal, beli yang biasa-biasa
pun OK..Ikut kemampuan kita.
![]() |
sumber : Google |
2 - KENALI BADAN KITA
Adalah sangat penting bagi kita untuk mengenal
bentuk tubuh kita. Ini adalah kerana setiap wanita itu memiliki bentuk tubuh
yang tak sama!
5 jenis bentuk tubuh wanita ialah Pear, Epal,
Segitiga terbalik, Jam Pasir dan Atlit.
Kita akan lebih mudah untuk memilih pakaian bila
kita kenal bentuk tubuh kita.
Berikut sedikit tip pakaian mengikut bentuk
tubuh ;
Bentuk
Pir
Skirt -
Pilihlah skirt yang mengecil di bahagian bawah dan yang berwarna
gelap. Ini boleh menutup tubuh bahagian bawah tubuh yang lebih besar daripada
bahagian atas. Hindar daripada memilih skirt beropol yang melebar di bahagian
bawah.
Seluar - Pilihlah
seluar panjang atau jeans yang berwarna gelap. Pilih potongan yang melebar di bahagian bawah atau
lebih dikenali sebagai ‘boot cut’.
Gaun -
Untuk bentuk tubuh pear jangan menggunakan ‘shift
dress’. Gaun tersebut akan membuat tubuh bahagian bawah anda akan kelihatan
lebih jelas besar daripada bahagian atas. Pilihlah gaun yang penuh dengan perincian
di bahagian atas agar fokus penglihatan hanya di bahagian atas tubuh.
Bentuk Epal
Skirt - Skirt lipat sesuai untuk
wanita yang memiliki bentuk tubuh epal. Hindar daripada memilih skirt pensil
kerana itu akan membuat tubuh bahagian tengah dan bawah kelihatan besar.
Seluar -
Jangan memilih seluar panjang atau jeans yang penuh perincian kerana
akan membuat anda makin kelihatan "penuh". Pilihlah seluar dengan
potongan sederhana yang berbentuk ‘slim’ atau ‘boot cut’.
Gaun -
Pilih gaun yang memiliki perincian unik di bahagian garis leher. Ini akan
membuat perhatian lebih tertumpu ke bahagian leher dan bukan di bahagian perut
ke bawah. Selain itu, hindar bahan yang berkilat di bahagian atas tubuh.
Bentuk Atlit
Skirt -
Skirt layer bermotif floral sesuai untuk wanita bertubuh atlit.
Cuba juga pemakaian skirt yang penuh perincian dengan permainan warna yang
sesuai. Ini akan membantu menutup penampilan badan yang lurus dan tidak
berbentuk.
Seluar -
Bentuk tubuh ini sesuai
menggunakan seluar panjang atau jeans dengan potongan apa pun. Mulai dari ‘boot cut’, ‘straight cut’ hingga’ skinny
jeans’.
Gaun -
Bentuk tubuh ini boleh menggunakan
berbagai jenis gaun. Mulai dari yang memiliki banyak ropol dan hingga gaun yang
simple. Pilihlah potongan gaun yang menonjolkan sisi feminin dan membuat anda
tampil lebih menarik.
Bentuk Jam Pasir
Skirt –
Skirt potongan pensil sangat sesuai untuk tubuh seperti ini bagi kelihatan
lebih cantik dan menarik. Anda juga boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis
warna dan fabrik.
Seluar -
Anda boleh memilih seluar panjang atau jeans potongan ‘high waist’ jika bahagian perut menonjol dan potongan low waist
jika perut agak rata jika ingin menonjolkan bahagian pinggang. Jeans berpotongan
‘boot cut’ atau ‘straight cut’ juga boleh digunakan.
Gaun -
Anda bebas memilih pelbagai potongan gaun kerana bentuk tubuh anda yang cukup
ideal. Tetapi jangan sampai salah memilih motif atau warna, pilihlah yang
sesuai dengan warna kulit anda.
Bentuk Segitiga Terbalik
Skirt
- Skirt berpotongan
A-line sangat sesuai bagi badan berpotongan ini bagi menyorok bahagian bawah
yang lebih kecil daripada bahagian atas.
Seluar – Anda boleh memilih seluar panjang atau jeans berpotongan ‘regular cut’ atau ‘semi boot cut’ yang agak besar di bahagian bawahnya. Dengan memilih
potongan seperti ini, ia akan menghilangkan perhatian pada bahu anda yang lebih
besar.
Gaun – Pilih gaun yang tidak memiliki banyak perincian di sekitar
bahu atau potongan ‘clean cut’. Anda boleh memilih gaun dengan
warna yang lembut. Busana seperti oversized blouse juga akan sangat sesuai
dengan bentuk tubuh si segitiga terbalik ini. Sebaiknya anda lebih fokus dengan
menentukan pakaian bahagian bawah yang tepat.
![]() |
sumber : Google |
3 - PILIH WARNA YANG TEPAT
Warna sangat berperanan penting dalam
pemilihan pakaian.
Walaupun banyak yang memilih warna hitam
sebagai jalan paling selamat.
Namun, tidak semua akan memperolehi sisi
lansing yang diingini. Tutup bahagian yang kelihatan besar dengan warna yang
gelap dan serlahkan bahagian yang kecil dengan warna yang lebih menarik.
Oleh itu, pilihlah pakaian mengikut warna
kulit anda. Perhatikan terlebih dahulu tona kulit untuk memilih warna busana
yang sesuai. Meskipun warna gelap atau hitam merupakan warna yang paling mudah
dan selamat dipilih, namun anda harus berani bermain dengan warna untuk
kelihatan lebih menarik dan bergaya.
![]() |
sumber : Google |
4 - MOTIF JALUR TEGAK DAN TALI
PINGGANG HALUS
Kedua-dua perincian ini sangat membantu untuk kelihatan
tampak kurus. Motif jalur tegak akan memperlihatkan anda lebih kurus dan tinggi
manakala tali pinggang halus akan menampilkan susuk pinggang yang lebih kecil.
![]() |
sumber : Google |
5 – PILIH KASUT MENGGODA DENGAN
POTONGAN RENDAH
Terdapat beberapa helah agar kaki anda tidak kelihatan
gemuk. Cuba kasut potongan rendah yang menampakkan potongan lebih runcing
tetapi dengan tumit yang sesuai agar anda lebih selesa. Kasut bertumit 2 ½ inci
adalah saiz paling sesuai dan membuatkan pakaian jatuh dengan sempurna. Ada
juga pendapat yang mengatakan bahawa, pemakaian kasut yang terbuka sedikit jari
kaki akan membuatkan si pemakai lebih menarik dan lansing.
![]() |
sumber : Google |
Tak dapat KURUS,
nampak KURUS pun happy kan..hehehe
Jumpa lagi next
post. Nanti nak share resipi Butter Prawn yang sedap pula. Saya akan share cara
buat floss nya yang sangat sedap n mudah.
Nota kaki : Jaga
diri baik-baik. Bergembiralah selalu sebab hidup ini adalah untuk menyenangkan
hati kita dan dengan itu, kita akan tahu cara untuk menyenangkan hati
orang-orang yang kita sayang. Jangan SELFISH!
Assalammualaikum
wbt..
No comments:
Post a Comment